SaHaBaT SeJati..

p’sahabatan itu seperti tangan dan mata
saat tangan t’luka, mata menangis,
saat mata menangis tangan akan menghapusnya,,,
dan p’sahabatan yang senantiasa abadi adlah p’sahabatan
yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam..

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi
Allah ialah orang yang terbaik
terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka
bumi ini berpasang-pasangan.
Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian.
Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan
kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka
berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan,
dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai
seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT
mencipta manusia daripada berbagai bangsa,
warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam
surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,
kerana kawan atau sahabat berperanan dalam
membentuk personaliti individu. Ada kawan yang
sanggup bersusah-payah dan berkongsi
duka bersama kita,
dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka
semasa senang dan hanya sanggup
berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita.
Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan
menerima padahnya. Selari dengan hadith
Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang
itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu
hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang
menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan
penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan
wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk
bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

•Jika engkau berbakti kepadanya,
dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan
daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan
kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan)
daripada kamu, dia akan menghargai
atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak
baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya,
dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia
akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan
membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia
akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia
lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta
melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan
di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan
ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan.
Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan
juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

•Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya
memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan
ia hanya mementingkan diri sendiri.
•Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan
dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang;
ia berusaha mendapatkan simpati dengan
kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan
membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
•Sahabat pengampu: Dia setuju dengan
semua yang kamu lakukan tidak kira betul
atau salah, yang parahnya dia setuju dengan
hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan
kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu,
dan di belakangmu ia merendahkan dirimu
atau mengkhianati amanahmu. Bila telah
di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
•Sahabat pemboros dan suka hiburan:
ia menjadi kawanmu jika engkau suka
berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’
pada waktu yang tidak sepatutnya, suka
ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan
yang melalaikan.
•Sahabat yang membawamu semakin jauh
dari Allah. Seorang yang tidak menambah
kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat.
Seorang yang tidak menambah manfaat
kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan
boleh menjadi cermin peribadi seseorang.
Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
 

©2009 testing | by TNB